Apabila membina laman web, ASP dan PHP adalah dua bahasa pengaturcaraan web yang popular. ASP kini telah menemui jalan penghujungnya dan tidak diteruskan lagi. Ia telah digantikan dengan ASP.Net yang merupakan satu penyimpangan yang jauh dari bahasa asalnya ASP.
Apakah ASP ??
Active Server Pages atau ASP merupakan suatu script yang bersifat server-side yang ditambahkan pada HTML untuk membuat sebuah web menjadi lebih menarik, dinamik dan efektif.
Apakah PHP ??
PHP:Hypertext PreProcessor atau PHP merupakan bahasa server-side scripting yang digunakan untuk pembangunan web dan kodnya boleh diaturcara bersama dengan kod HTML.
| ASP | PHP |
Kos | § ASP perlu memasang IIS di dalam server berplatform Windows yang sememangnya tidak percuma. § ASP lebih mahal kerana ia menggunakan MS-SQL atau Microsoft Access. | § PHP yang dijalankan di platform Linux, sistem operasi dari sumber terbuka dan ia adalah percuma. § PHP menggunakan MySQL, yang boleh diperolehi secara percuma. |
Kelajuan | § ASP dibina dengan akitektur berasaskan COM | § Kod PHP dilaksanakan pada ruang memorinya yang tersendiri. § Kod PHP dijanakan lebih pantas dari kod ASP. |
Keserasian Platform | § ASP hanya di platform Windows. | § PHP boleh dijalankan di pelbagai platform seperti Linux, Unix, Windows dan Solaris |
Bahasa Asas | § ASP pula mengandungi sintaks yang lebih mirip kepada Visual Basic. | § PHP diasaskan kepada bahasa C++. § C/C++ merupakan bahasa pengaturcaraan terbaik dan tentunya PHP lebih mesra-pengguna. |
Sambungan Pangkalan Data | § ASP menggunakan MS-SQL dan Microsoft Access | § PHP yang amat fleksibel, boleh disambungkan kepada pelbagai jenis pangkalan data, yang paling popular ialah MySQL. |
No comments:
Post a Comment